Tuesday, May 23, 2017

Ramadan Cara Rasulullah oleh Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhary

TARBIAH U4U
23/5/2017

Cuba hargai, memberi nilai yg benar pd Ramadan.
Sabda Nabi: Kalau Allah sngkapkan rahsia kelebihan Ramadan, maka pasti manusia inginkan Ramadan berlangsung sepanjang tahun.
Cara Rasulullah sebelum Ramadan, mengingatkan para sahabat akan ketibaannya.
Setiap amalan digandakan, amal sunat dpt pahala wajib, amal wajib diganda, baca quran dikira setiap huruf.
Malam oertama Ramadan, malam pandangan rahmat Ilahi kecuali untuk 4 golongan:
1. Org ketagihan arak, 2. Org yang bersengketa dgn ibubapanya 3. Org memutuskan silaturrahim 4. Orang yg menyimpan kebencian pd org lain.
-Sifat Rahim Allah, dikaitkan dengan Rahmat Allah.. Siapa yg memutuskan Silaturrahim, putuskan rahmat Allah.
-Siapa yang sedang bersengketa, orang yang terbaik adalah siapa yang memulakan salam terlebih dahulu.
-Kita mintak maaf, tapi tidak dibalas atau tiada respon. kita serahkan pd Allah, kerana kita dah usaha.
-mazhab Syafie, wajib berniat setiap malam. Mazhab Maliki, malam pertama boleh niat puasa sebulan penuh.
-sahur, membezakan puasa kita dgn Ahli Kitab yg lain. Keberkatan sunnah Rasulullah.
-Rasulullah ajak sahabat bersahur sama. Minimum dgn sebijik tamar atau air.
-waktu sahur, saat doa mustajab. 2 jam sebelum waktu fajar. (Antara jam 4 pagi hingga subuh, lepas drpd pertengahan malam)
-lebih berkat jika dilewatkan sahur, disegerakan berbuka.
-perbanyakkan istighfar antara akhir sahur dan imsak. Isikan juga dgn solat tahajud, hajat atau solat sunat
-imsak, sekadar bacaan 50 ayat Al-Quran (lbh krg 10 minit)
-amalan khusus Rasulullah ketika Ramdan, yg diperbanyakkan oleh Rasul? 1. Tadarus Alquran. Nabi bertadarus dgn Jibril. 2. Menjaga lidah. 3. Perbanyakkan doa. 4. Yg terbaik di kalangan umat Nabi adalah mereka yang melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka. 5. Sedekah.

-Ramadan adalah madrasah. Bukan sekadar berlapar dahaga, tetapi dgn menjaga lidah.
-Pandangan Saidatina Aisyah: org yg berpuasa tetapi mengumpat seolah tidak sah puasanya. Imam 4 mazhab sekadar mengatakan kurang keberkatan puasanya dan pahala transfer kpd org yg diumpat.
-kalau tidak dpt dijaga ketika Ramadan, di luar lebih buruk lagi keadaannya
-doa org berpuasa didengari doanya oleh Allah
-saat seorang hamba menyebut nama Allah, akan di balas Allah dengan sahutan "Labbaika ya abdi.."
-setiap sujud dalam bulan Ramadan menyamai 1500 maghfirah
-Ramadan sbg latihan utk mencari kemanisan ibadah, mendekatkan diri,dgn Allah. Supaya dpt disambung selepas Ramadan.
-madrasah Ramadan, ikut cara Rasulullah (SAW)
-tahajud boleh diamal paling lewat sampailah  masuk waktu Fajar. Bila dah masuk waktu Fajar, dikira sebagai solat sunat biasa atau solat Sunat Fajar.
-lailatulqadar? Khilaf ulama'. Ada yg mengatakan sepanjang tahun boleh berlaku satu malam lailatulqadar. Ada yg mengatakan salah satu daripada malam bulan Ramadan, ada yg kata malam ganjil, ada yg kata malam 27... Kita kena 'mengintai' bilakah terjadi lailatulqadar dgn byk bertaqarrub.
-Hidupkan malam Ramadan. Tidak semesti dgn ibadah atas sejadah sahaja. 
-Sebaiknya isi waktu maghrib-isya dgn ibadah khusus.

Monday, February 20, 2017

Assalamualaikum!

KELAS U4U
20/2/2017
Ustaz Norazan Man

Adab Pertemuan
-akhlak dann adab dalam memastikan pertemuan berjalan dlm suasana baik. 
-tunjukkan wajah yang manis
-Shamail Muhammadiah, Nabi bila bertemu sahabat akan bersikat berminyak rambutnya, baju baginda dibutang penuh (leher bulat spt telok belanga)
-tunjukkan yang kita berbahagia dgn pertemuan tersebut. Persiapan yg terbaik, niat utk gembirakan sahabat
-antara sifat Nabi, suka bertemu orang. Suka meraikan tetamu.
لا تَحقِرن من المعروف شيئًا، ولو أن تلقى أخاك بوجه طَلق
-jgn memperkecil kebaikan walaupun sekil wajah yg manis bila bertemu saudaramu.
-sebab kita tak tahu bagaimana nilaian Allah pada kebaikannya.
-kalau keadaan lebih baik tidak bermanis muka kerana mengelakkan fitnah, dibolehkan. Bermanis muka perlu dengan adab dan ketikanya.
-kalau jidup dengan akhlak Islam, tak perlukan kempen2 senyum dll.. Islam agama rahmat dan kasih sayang, silaturrahim
SALAM
-mulai pertemuan sesama Muslim dengan memberi dan menjawab salam.
"لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا ، وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا ،
أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ؟
أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ"
-hadith, mahukah aku ajarkan kamu satu kalimah merapatkan kasih sayang? Sebarkan salam antara kamu (Riwayat Bukhari Muslim)
-Surah An-Nisa:86 Bila disampaikan salam, balaslah ucapan itu dgn lebih baik atau serupa dengannya.
-ketika Nabi Adam dicipta di syurga, ucapan pertama adalah "Assalamu Alaikum"
-"Salamun qaulan min rabbirrahim" salam sejahtera ucapN dari Allah yg Maha Penyayang
-"kum" dalam salam adalah tanda tafdhil wa ta'zim (membesarkan, memuliakan)
-akmal tamam, sesempurna lafaz salam: "assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh"
-adapun tambahan "taala" sekadar tambahan yang tidak merubah makna, tetapi tidak thabit dgn Hadith.
-memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB. 
-dengan kadar salam yang diberi
-Adab, cuba beri salam dgn sempurna..
-tak wajib beri/jawab salam: (makruh memberi dan gugur kewajipan utk jawab salam)
1. Dalam toilet
2. Dalam majlis ilmu
3. Ketika orang tengah makan minum
4. Ketika orang sedang mengaji Quran
5. Ketika khatib menyampaikan khutbah

-ada yang rasa kolot bila nak mula bagi salam, sedangkan itu lafaz mulia dalam Islam
-sunat memberi salam bukan sekadar pd org yg dikenali sahaja
-Abdullah Ibn Umar, masuk pasar lama2, sahabatnya  menunggu lama dan bila k eluar kosong tangannya. Bila ditanya kenapa, jawabnya sekadar nak memberi salam pd org2 di pasar. Nak dpt pahala memberi dan menjawab salam.
-amalan yg lbh baik? 1) Beri mkn pd yg memerlukan 2) beri salam pada yang dikenali atau tidak (Riwayat Muslim)
-al-'adatu muhkamatun.. Adat setempat jdi hukum. Cth: org taip "slm" boleh dijawab salam itu kerana adat org kita dan difahami. (Fatwa/ Quran/kisah Nabi Ibrahim jawab salam malaikat dgn kalimah salam sahaja/ tidak ubah makna) Qaidah Fiqh
-Harus mengelak bertemu orang, mengelakkan daripada fitnah dan mazmumah.

Monday, February 13, 2017

Itulah Manusia!

KELAS U4U
13/2/2017
Ustaz Norazan Man



Kewajipan Menjaga Hati dan Cara Mengubatinya
Bersngka buruk itu haram
-di atas ketidakpastian, menanggung dosa bersangka buruk
-ciptalah 1000 alasan utk bersngka baik (Us Ismail Kamus)
-setiap apa di hati Allah mengetahui
-Surah Al-Maidah ayat 7
"Allah mengetahui setiap yg terkandung di dlm hati"
-Malaikat pun tak tau apa dlm  hati manusia, niat si pelaku, hanya merekod amalan manusia
-Hadis ttg niat yg x betul pd 3 golongan: Qari, Dermawan, Ilmuan... Allah menempelak dgn "kazibta! Engkau telah menipu"
-Imam Alghazali, siasat dulu niat kita sebelum melaksanakan satu amal./ setiap kali nak beramal/ kalau nampak hasilnya positif maka teruskan/kalau sebaliknya hentikan. Berhati2 sebelum beramal.

-4 pertimbangan sebelum beramal menurut Tasawuf Imam AlGhazali:
العقلُ بالعقلِ Aqal timbang dgn Aqal (tanya dulu diri)
العقلُ بالشرعِ Aqal timbang dgn Sharak (supaya menepati kehendak syarak)
الشرع بالشرعِ Sharak timbang dgn sharak (dalil yg memandu)
الشرع بالعقل Sharak timbang dgn Aqal (membuat keputusan dgn hikmah)...HASILNYA BARAKAH

-pertimbangan juga boleh diperoleh drpd org lain/bertanya
-org sufi meminimumkan kesalahan dalam hidup/cuba menghindar dosa/ cermat dalam pertimbangan hati
العجلة من الشبطان
-tergopoh-gapah itu daripada syaitan (hadith)
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
“Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa sahaja yang dia dengar.” (Mukaqaddimah Shahih Muslim. Bab: Larangan Menyebarkan Setiap Apa Yang Ia Dengar) 
-Allah tidak melihat rupa,paras dan harta tetapi Allah lihat hati dan amal kamu (Sahih Bukhari)
-Fastabiqul khairat.. Berlumba dalam kebaikan. Bila kita berlumba, kita tak toleh belakang! / falsafah org berlumba
-pandangan org/ kisah Luqman Hakim dan anaknya bersama keldai/ takkan habis pandangan orang berkata2... Itulah manusia



Wednesday, February 1, 2017

99 KATA-KATA HIKMAH BAHASA ARAB


1. ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ
1. Barang siapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia.
2. ﻣَﻦْ ﺻَﺒَﺮَ ﻇَﻔِﺮَ
2. Barang siapa sabar beruntunglah ia.
3. ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ
3. Barang siapa berjalan pada jalannya sampailah ia
4. ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ
4. Barang siapa sedikit benarnya/kejujurannya, sedikit pulalah temannya.
5. ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ
5. Pergaulilah orang yang jujur dan menepati janji.
6. ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ
6. Kecintaan/ketulusan teman itu, akan tampak pada waktu kesempitan.
7. ﻭَﻣَﺎﺍﻟﻠَّﺬَّﺓُ ﺇِﻻَّ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺘَّﻌَﺐِ
7. Tidak kenikmatan kecuali setelah kepayahan.
8. ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ
8. Kesabaran itu menolong segala pekerjaan.
9. ﺟَﺮِّﺏْ ﻭَﻻَﺣِﻆْ ﺗَﻜُﻦْ ﻋَﺎﺭِﻓًﺎ
9. Cobalah dan perhatikanlah, niscaya kau jadi orang yang tahu.
10. ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ
10. Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang kubur.
11. ﺑَﻴْﻀَﺔُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺩَﺟَﺎﺟَﺔِ ﺍﻟﻐَﺪِ
11. Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.
12. ﺍﻟﻮَﻗْﺖُ ﺃَﺛْﻤَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺬَّﻫَﺐِ
12. Waktu itu lebih mahal daripada emas.
13. ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ
13. Akal yang sehat itu terletak pada badan yang sehat.
14. ﺧَﻴْﺮُ ﺟَﻠِﻴْﺲٍ ﻓﻲِ ﺍﻟﺰَّﻣَﺎﻥِ ﻛِﺘَﺎﺏٌ
14. Sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku.
15. ﻣَﻦْ ﻳَﺰْﺭَﻉْ ﻳَﺤْﺼُﺪْ
15. Barang siapa menanam pasti akan memetik (mengetam).
16. ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻣَﻦْ ﻳَﺪُﻟُّﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮِ
16. Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan.
17. ﻟَﻮْﻻَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻟَﻜَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺎﻟﺒَﻬَﺎﺋِﻢِ
17. Seandainya tiada berilmu niscaya manusia itu seperti binatang.
18. ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺼِّﻐَﺮِ ﻛَﺎﻟﻨَّﻘْﺶِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺤَﺠَﺮِ
18. Ilmu pengetahuan diwaktu kecil itu, bagaikan ukiran di atas batu.
19. ﻟَﻦْ ﺗَﺮْﺟِﻊَ ﺍﻷَﻳﺎَّﻡُ ﺍﻟَّﺘﻲِ ﻣَﻀَﺖْ
19. Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu.
20. ﺗَﻌَﻠَّﻤَﻦْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﺑِﻪِ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ
20. Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar.
21. ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮ
21. Ilmu tiada amalan bagaikan pohon tidak berbuah.
22. ﺍﻻﺗِّﺤَﺎﺩُ ﺃَﺳَﺎﺱُ ﺍﻟﻨَّﺠَﺎﺡِ
22. Bersatu adalah pangkal keberhasilan.
23. ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣِﺴْﻜِﻴْﻨًﺎ ﻭَﻛُﻦْ ﻟَﻪُ ﻣُﻌِﻴْﻨﺎً
23. Jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah penolong baginya.
24. ﺍﻟﺸَّﺮَﻑُ ﺑِﺎﻷَﺩَﺏِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺴَﺐِ
24. Kemuliaan itu dengan adab kesopanan, (budi pekerti) bukan dengan keturunan.
25. ﺳَﻼَﻣَﺔُ ﺍﻹِﻧْﺴَﺎﻥِ ﻓﻲِ ﺣِﻔْﻆِ ﺍﻟﻠِّﺴَﺎﻥِ
25. Keselamatan manusia itu dalam menjaga lidahnya (perkataannya).
26. ﺁﺩَﺍﺏُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺒِﻪِ
26. Adab seseorang itu lebih baik (lebih berharga) daripada emasnya.
27. ﺳُﻮْﺀُ ﺍﻟﺨُﻠُﻖِ ﻳُﻌْﺪِﻱ
27. Kerusakan budi pekerti/akhlaq itu menular.
28. ﺁﻓَﺔُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢِ ﺍﻟﻨِّﺴْﻴﺎَﻥُ
28. Bencana ilmu itu adalah lupa.
29. ﺇِﺫَﺍ ﺻَﺪَﻕَ ﺍﻟﻌَﺰْﻡُ ﻭَﺿَﺢَ ﺍﻟﺴَّﺒِﻴْﻞُ
29. Jika benar kemauannya niscaya terbukalah jalannya.
30. ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣَﻦْ ﺩُﻭْﻧَﻚَ ﻓَﻠِﻜُﻞِّ ﺷَﻴْﺊٍ ﻣَﺰِﻳَّﺔٌ
30. Jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada kamu, karena segala sesuatu itu mempunyai kelebihan.
31. ﺃَﺻْﻠِﺢْ ﻧَﻔْﺴَﻚَ ﻳَﺼْﻠُﺢْ ﻟَﻚَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ
31. Perbaikilah dirimu sendiri, niscaya orang-orang lain akan baik padamu.
32. ﻓَﻜِّﺮْ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﺰِﻡَ
32. Berpikirlah dahulu sebelum kamu berkemauan (merencanakan).
33. ﻣَﻦْ ﻋَﺮَﻑَ ﺑُﻌْﺪَ ﺍﻟﺴَّﻔَﺮِ ﺍِﺳْﺘَﻌَﺪَّ
33. Barang siapa tahu jauhnya perjalanan, bersiap-siaplah ia.
34. ﻣَﻦْ ﺣَﻔَﺮَ ﺣُﻔْﺮَﺓً ﻭَﻗَﻊَ ﻓِﻴْﻬَﺎ
34. Barang siapa menggali lobang, akan terperosoklah ia di dalamnya.
35. ﻋَﺪُﻭٌّ ﻋَﺎﻗِﻞٌ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺻَﺪِﻳْﻖٍ ﺟَﺎﻫِﻞٍ
35. Musuh yang pandai, lebih baik daripada
36. ﻣَﻦْ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺣْﺴَﺎﻧُﻪُ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧُﻪُ
36. Barang siapa banyak perbuatan baiknya, banyak pulalah temannya.
37. ﺍِﺟْﻬَﺪْ ﻭَﻻَ ﺗَﻜْﺴَﻞْ ﻭَﻻَ ﺗَﻚُ ﻏَﺎﻓِﻼً ﻓَﻨَﺪَﺍﻣَﺔُ ﺍﻟﻌُﻘْﺒﻰَ ﻟِﻤَﻦْ ﻳَﺘَﻜﺎَﺳَﻞُ
37. Bersungguh-sungguhlah dan jangan bermala-malas dan jangan pula lengah, karena penyesalan itu bagi orang yang bermalas-malas.
38. ﻻَ ﺗُﺆَﺧِّﺮْ ﻋَﻤَﻠَﻚَ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻐَﺪِ ﻣَﺎ ﺗَﻘْﺪِﺭُ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﻤَﻠَﻪُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡَ
38. Janganlah mengakhirkan pekerjaanmu hingga esok hari, yang kamu dapat mengejakannya hari ini.
39. ﺍُﺗْﺮُﻙِ ﺍﻟﺸَّﺮَّ ﻳَﺘْﺮُﻛْﻚَ
39. Tinggalkanlah kejahatan, niscaya ia (kejahatan itu) akan meninggalkanmu.
40. ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﺃَﺣْﺴَﻨُﻬُﻢْ ﺧُﻠُﻘﺎً ﻭَﺃَﻧْﻔَﻌُﻬُﻢْ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ
40. Sebaik-baik manusia itu, adalah yang terlebih baik budi pekertinya dan yang lebih bermanfaat bagi manusia.
41. ﻓﻲِ ﺍﻟﺘَّﺄَﻧِّﻲ ﺍﻟﺴَّﻼَﻣَﺔُ ﻭَﻓﻲِ ﺍﻟﻌَﺠَﻠَﺔِ ﺍﻟﻨَّﺪَﺍﻣَﺔُ
41. Di dalam hati-hati itu adanya keselamatan, dan di dalam tergesa-gesa itu adanya penyesalan.
42. ﺛَﻤْﺮَﺓُ ﺍﻟﺘَّﻔْﺮِﻳْﻂِ ﺍﻟﻨَّﺪَﺍﻣَﺔُ ﻭَﺛَﻤْﺮَﺓُ ﺍﻟﺤَﺰْﻡِ ﺍﻟﺴَّﻼَﻣَﺔُ
42. Buah sembrono/lengah itu penyesalan, dan buah cermat itu keselamatan.
43. ﺍﻟﺮِّﻓْﻖُ ﺑِﺎﻟﻀَّﻌِﻴْﻒِ ﻣِﻦْ ﺧُﻠُﻖِ ﺍﻟﺸَّﺮِﻳْﻒِ
43. Berlemah lembut kepada orang yang lemah itu, adalah suatu perangai orang yang mulia (terhormat).
44. ﻓَﺠَﺰَﺍﺀُ ﺳَﻴِّﺌَﺔٍ ﺳَﻴِّﺌَﺔٌ ﻣِﺜْﻠُﻬَﺎ
44. Pahala/imbalan suatu kejahatan itu adalah kejahatan yang sama dengannya.
45. ﺗَﺮْﻙُ ﺍﻟﺠَﻮَﺍﺏِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺠَﺎﻫِﻞِ ﺟَﻮَﺍﺏٌ
45. Tidak menjawab terhadap orang yang bodoh itu adalah jawabannya.
46. ﻣَﻦْ ﻋَﺬُﺏَ ﻟِﺴَﺎﻧُﻪُ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧُﻪُ
46. Barang siapa manir tutur katanya (perkataannya) banyaklah temannya.
47. ﺇِﺫَﺍ ﺗَﻢَّ ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﻗَﻞَّ ﺍﻟﻜَﻼَﻡُ
47. Apabila akal seseorang telah sempurna maka sedikitlah bicaranya.
48. ﻣَﻦْ ﻃَﻠَﺐَ ﺃَﺧًﺎ ﺑِﻼَ ﻋَﻴْﺐٍ ﺑَﻘِﻲَ ﺑَﻼَ ﺃَﺥٍ
48. Barang siapa mencari teman yang tidak bercela, maka ia akan tetap tidak mempunyai teman.
49. ﻗُﻞِ ﺍﻟﺤَﻖَّ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺎﻥَ ﻣُﺮًّﺍ
49. Katakanlah yang benar itu, walaupun pahit.
50. ﺧَﻴْﺮُ ﻣَﺎﻟِﻚَ ﻣَﺎ ﻧَﻔَﻌَﻚَ
50. Sebaik-baik hartamu adalah yang bermanfaat bagimu.
51. ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷُﻣُﻮْﺭِ ﺃَﻭْﺳَﺎﻃُﻬَﺎ
51. Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahanya (yang sedang saja).
52. ﻟِﻜُﻞِّ ﻣَﻘَﺎﻡٍ ﻣَﻘَﺎﻝٌ ﻭَﻟِﻜُﻞِّ ﻣَﻘَﺎﻝٍ ﻣَﻘَﺎﻡٌ
52. Tiap-tiap tempat ada kata-katanya yang tepat, dan pada setiap kata ada tempatnya yang tepat.
53. ﺇِﺫﺍَ ﻟﻢَ ْ ﺗَﺴْﺘَﺤْﻲِ ﻓَﺎﺻْﻨَﻊْ ﻣَﺎ ﺷِﺌْﺖَ
53. Apabila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu (apa yang engkau kehendaki).
54. ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟﻌَﻴْﺐُ ﻟِﻤَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓَﻘِﻴْﺮًﺍ ﺑَﻞِ ﺍﻟﻌَﻴْﺐُ ﻟِﻤَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﺑَﺨِﻴْﻼً
54. Bukanlah cela itu bagi orang yang miskin, tapi cela itu terletak pada orang yang kikir.
55. ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟﻴَﺘِﻴْﻢُ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻗَﺪْ ﻣَﺎﺕَ ﻭَﺍﻟِﺪُﻩُ ﺑَﻞِ ﺍﻟﻴَﺘِﻴْﻢُ ﻳَﺘِﻴْﻢُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢِ ﻭَﺍﻷَﺩَﺏِ
55. Bukanlah anak yatim itu yang telah meninggal orang tuanya, tapi (sebenarnya) yatim itu adalah yatim ilmu dan budi pekerti.
56. ﻟِﻜُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ ﺛَﻮَﺍﺏٌ ﻭَﻟِﻜُﻞِّ ﻛَﻼَﻡٍ ﺟَﻮَﺍﺏٌ
56. Setiap pekerjaan itu ada upahnya, dan setiap perkataan itu ada jawabannya.
57. ﻭَﻋَﺎﻣِﻞِ ﺍﻟﻨَّﺎﺱَ ﺑِﻤَﺎ ﺗُﺤِﺐُّ ﻣِﻨْﻪُ ﺩَﺍﺋِﻤﺎً
57. Dan pergaulilah manusia itu dengan apa-apa yang engkau sukai daripada mereka semuanya.
58. ﻫَﻠَﻚَ ﺍﻣْﺮُﺅٌ ﻟَﻢْ ﻳَﻌْﺮِﻑْ ﻗَﺪْﺭَﻩُ
58. Hancurlah seseorang yang tidak tahu dirinya sendiri.
59. ﺭَﺃْﺱُ ﺍﻟﺬُّﻧُﻮْﺏِ ﺍﻟﻜَﺬِﺏُ
59.Pokok dosa itu, adalah kebohongan
60. ﻣَﻦْ ﻇَﻠَﻢَ ﻇُﻠِﻢَ
60. Barang siapa menganiaya niscaya akan dianiaya.
61. ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟﺠَﻤَﺎﻝُ ﺑِﺄَﺛْﻮَﺍﺏٍ ﺗُﺰَﻳِّﻨُﻨُﺎ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺠَﻤَﺎﻝَ ﺟﻤَﺎَﻝُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢِ ﻭَﺍﻷَﺩَﺏِ
61. Bukanlah kecantikan itu dengan pakaian yang menghias kita, sesungguhnya kecantikan itu ialah kecantikan dengan ilmu dan kesopanan.
62. ﻻَ ﺗَﻜُﻦْ ﺭَﻃْﺒﺎً ﻓَﺘُﻌْﺼَﺮَ ﻭَﻻَ ﻳَﺎﺑِﺴًﺎ ﻓَﺘُﻜَﺴَّﺮَ
62. Janganlah engkau bersikap lemah, sehingga kamu akan diperas, dan janganlah kamu bersikap keras, sehingga kamu akan dipatahkan.
63. ﻣَﻦْ ﺃَﻋﺎَﻧَﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺸَّﺮِّ ﻇَﻠَﻤَﻚَ
63. Barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu.
64. ﺃَﺧِﻲ ﻟَﻦْ ﺗَﻨَﺎﻝَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﺇِﻻَّ ﺑِﺴِﺘَّﺔٍ ﺳَﺄُﻧْﺒِﻴْﻚَ ﻋَﻦْ ﺗَﻔْﺼِﻴْﻠِﻬَﺎ ﺑِﺒَﻴَﺎﻥٍ:
ﺫَﻛَﺎﺀٌ ﻭَﺣِﺮْﺹٌ ﻭَﺍﺟْﺘِﻬَﺎﺩٌ ﻭَﺩِﺭْﻫَﻢٌ ﻭَﺻُﺤْﺒَﺔُ ﺃُﺳْﺘَﺎﺫٍ ﻭَﻃُﻮْﻝُ ﺯَﻣَﺎﻥٍ
64. Saudaraku! Kamu tidak akan mendapatkan ilmu, kecuali dengan enam perkara, akan aku beritahukan perinciannya dengan jelas :
1). Kecerdasan
2). Kethoma’an (terhadap ilmu)
3). Kesungguhan
4). Harta benda (bekal)
5). Mempergauli guru
6). Waktu yang panjang
65. ﺍﻟﻌَﻤَﻞُ ﻳَﺠْﻌَﻞُ ﺍﻟﺼَّﻌْﺐَ ﺳَﻬْﻼً
65. Bekerja itu membuat yang sukar menjadi mudah.
66. ﻣَﻦْ ﺗَﺄَﻧَّﻰ ﻧَﺎﻝَ ﻣَﺎ ﺗَﻤَﻨَّﻰ
66. Barang siapa berhati-hati niscaya mendapatkan apa-apa yang ia cita-citakan.
67. ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻭَﻟَﻮْ ﺑِﺎﻟﺼَّﻴْﻦ
67. Carilah/tuntutlah ilmu walaupun di negeri Cina.
68. ﺍﻟﻨَّﻈَﺎﻓَﺔُ ﻣِﻦَ ﺍﻹِﻳْﻤَﺎﻥِ
68. Kebersihan itu sebagian dari iman.
69. ﺇِﺫَﺍ ﻛَﺒُﺮَ ﺍﻟﻤَﻄْﻠُﻮْﺏُ ﻗَﻞَّ ﺍﻟﻤُﺴَﺎﻋِﺪُ
69. Kalau besar permintaannya maka sedikitlah penolongnya.
70. ﻻَ ﺧَﻴْﺮَ ﻓﻲِ ﻟَﺬَّﺓٍ ﺗَﻌْﻘِﺐُ ﻧَﺪَﻣﺎً
70. Tidak ada baiknya sesuatu keenakan yang diiringi (oleh) penyesalan.
71. ﺗَﻨْﻈِﻴْﻢُ ﺍﻟﻌَﻤَﻞِ ﻳُﻮَﻓِّﺮُ ﻧِﺼْﻒَ ﺍﻟﻮَﻗْﺖِ
71. Pengaturan pekerjaan itu menabung sebanyak separohnya waktu.
72. ﺭُﺏَّ ﺃَﺥٍ ﻟَﻢْ ﺗَﻠِﺪْﻩُ ﻭَﺍﻟِﺪَﺓٌ
72. Berapa banyak saudara yang tidak dilahirkan oleh satu ibu.
73. ﺩَﺍﻭُﻭْﺍ ﺍﻟﻐَﻀَﺐَ ﺑِﺎﻟﺼُّﻤْﺖِ
73. Obatilah kemarahan itu dengan diam
74. ﺍﻟﻜَﻼَﻡُ ﻳَﻨْﻔُﺬُ ﻣَﺎﻻَ ﺗَﻨْﻔُﺬُﻩُ ﺍﻹِﺑَﺮُ
74. Perkataan itu dapat menembus apa yang tidak bisa ditembus oleh jarum.
75. ﻟَﻴْﺲَ ﻛُﻞُّ ﻣَﺎ ﻳَﻠْﻤَﻊُ ﺫَﻫَﺒﺎً
75. Bukan setiap yang mengkilat itu emas.
76. ﺳِﻴْﺮَﺓُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺗُﻨْﺒِﺊُ ﻋَﻦْ ﺳَﺮِﻳْﺮَﺗِﻪِ
76. Gerak-gerik seseorang itu menunjukkan rahasianya.
77. ﻗِﻴْﻤِﺔُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺑِﻘَﺪْﺭِ ﻣَﺎ ﻳُﺤْﺴِﻨُﻪُ
77. Harga seseorang itu sebesar (sama nilainya) kebaikan yang telah diperbuatnya.
78. ﺻَﺪِﻳْﻘُﻚَ ﻣَﻦْ ﺃَﺑْﻜَﺎﻙَ ﻻَ ﻣَﻦْ ﺃَﺿْﺤَﻜَﻚَ
78. Temannmu ialah orang yang menangiskanmu (membuatmu menangis) bukan orang yang membuatmu tertawa.
79. ﻋَﺜْﺮَﺓُ ﺍﻟﻘَﺪَﻡِ ﺃَﺳْﻠَﻢُ ﻣِﻦْ ﻋَﺜْﺮَﺓِ ﺍﻟﻠِّﺴَﺎﻥِ
79. Tergelincirnya kaki itu lebih selamat daripada tergelincirnya lidah.
80. ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻟﻜَﻼَﻡِ ﻣَﺎ ﻗَﻞَّ ﻭَﺩَﻝَّ
80. Sebaik-baik perkataan itu ialah yang sedikit dan memberi penjelasannya/jelas.
81. ﻛُﻞُّ ﺷَﻴْﺊٍ ﺇِﺫَﺍ ﻛَﺜُﺮَ ﺭَﺧُﺺَ ﺇِﻻَّ ﺍﻷَﺩَﺏَ
81. Segala sesuatu apabila banyak menjadi murah, kecuali budi pekerti.
82. ﺃَﻭَّﻝُ ﺍﻟﻐَﻀَﺐِ ﺟُﻨُﻮْﻥٌ ﻭَﺁﺧِﺮُﻩُ ﻧَﺪَﻡٌ
82. Permulaan marah itu adalah kegilaan dan akhirnya adalah penyesalan.
83. ﺍﻟﻌَﺒْﺪُ ﻳُﻀْﺮَﺏُ ﺑِﺎﻟﻌَﺼَﺎ ﻭَﺍﻟﺤُﺮُّ ﺗَﻜْﻔِﻴْﻪِ ﺑِﺎﻹِﺷَﺎﺭَﺓِ
83. Hamba sahaya itu harus dipukul dengan tongkat, dan orang yang merdeka (bukan budak) cukuplah dengan isyarat.
84. ﺍُﻧْﻈُﺮْ ﻣَﺎ ﻗَﺎﻝَ ﻭَﻻَ ﺗَﻨْﻈُﺮْ ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻝَ
84. Perhatikanlah apa-apa yang dikatakan (diucapkan) dan janganlah meperhatikan siapa yang mengatakan.
85. ﺍﻟﺤَﺴُﻮْﺩُ ﻻَ ﻳَﺴُﻮْﺩُ
85. Orang yang pendengki itu tidak akan menjadi mulia.
86. ﺍﻷَﻋْﻤَﺎﻝُ ﺑِﺨَﻮَﺍﺗِﻤِﻬَﺎ
86. Tiap-tiap pekerjaan itu dengan penyelesaiannya.
87. ﺇِﻟﻬِﻲ ﻟَﺴْﺖُ ﻟِﻠْﻔِﺮْﺩَﻭْﺱِ ﺃَﻫْﻼً # ﻭَﻻَ ﺃَﻗْﻮَﻯ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﺍﻟﺠَﺤِﻴْﻢِ
Wahai Tuhanku ! Aku bukanlah ahli surga, tapi aku tidak kuat dalam neraka.
ﻓَﻬَﺐْ ﻟﻲِ ﺗَﻮْﺑَﺔً ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْ ﺫُﻧُﻮْﺑﻲِ # ﻓَﺈِﻧَّﻚَ ﻏَﺎﻓْﺮُ ﺍﻟﺬَّﻧْﺐِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴْﻢِ
Maka berilah aku taubat (ampunan) dan ampunilah dosaku, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa yang besar.
ﺫُﻧُﻮْﺑﻲِ ﻣِﺜْﻞُ ﺃَﻋْﺪَﺍﺩِ ﺍﻟﺮِّﻣَﺎﻝِ # ﻓَﻬَﺐْ ﻟﻲِ ﺗَﻮْﺑَﺔً ﻳَﺎﺫﺍَﺍﻟﺠَﻼَﻝِ
Dosaku bagaikan bilangan pasir, maka berilah aku taubat wahai Tuhanku yang memiliki keagungan.
ﻭَﻋُﻤْﺮِﻱ ﻧَﺎﻗِﺺٌ ﻓﻲِ ﻛُﻞِّ ﻳَﻮْﻡٍ # ﻭَﺫَﻧْﺒﻲِ ﺯَﺋِﺪٌ ﻛَﻴْﻒَ ﺍﺣْﺘِﻤَﺎﻝِ
Umurku ini setiap hari berkurang, sedang dosaku selalu bertambah, bagaimana aku menanggungnya.
ﺇِﻟﻬِﻲ ﻋَﺒْﺪُﻙَ ﺍﻟﻌَﺎﺻِﻲ ﺃَﺗَﺎﻙَ # ﻣُﻘِﺮًّﺍ ﺑِﺎﻟﺬُّﻧُﻮْﺏِ ﻭَﻗَﺪْ ﺩَﻋَﺎﻙَ
Wahai, Tuhanku ! Hamba Mu yang berbuat dosa telah datang kepada Mu dengan mengakui segala dosa, dan telah memohon kepada Mu.
ﻓَﺈِﻥْ ﺗَﻐْﻔِﺮْ ﻓَﺄَﻧْﺖَ ﻟِﺬَﺍ ﺃَﻫْﻞٌ # ﻓَﺈِﻥْ ﺗَﻄْﺮُﺩْ ﻓَﻤَﻦْ ﻧَﺮْﺟُﻮ ﺳِﻮَﺍﻙَ
Maka jika engkau mengampuni, maka Engkaulah ahli pengampun.
Jika Engkau menolak, kepada siapakah lagi aku mengharap selain kepada Engkau?
88. ﻣﻦ ﺣﺴﻦ ﺇﺳﻼﻡ ﺍﻟﻤﺮﺀ ﺗﺮﻛﻪ ﻣﺎﻻ ﻳﻌﻨﻴﻪ
Salah satu ciri orang islam yang baik ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berhubungan dengan dirinya
89. ﻣﻦ ﺣﻔﺮ ﺣﻔﺮﺓ ﻭﻗﻊ ﻓﻴﻪ
Siapa yang menggali lubang maka ia pula yang akan jatuh didalamnya
90. ﻣﻦ ﺃﺭﺍﺩ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻓﻌﻠﻴﻪ ﺑﺎﻟﻌﻠﻢ ﻭﻣﻦ ﺃﺭﺍﺩ ﺍﻷﺧﺮﺓ ﻓﻌﻠﻴﻪ ﺑﺎﻟﻌﻠﻢ
ﻭﻣﻦ ﺍﺭﺍﺩﻫﻤﺎ ﻓﻌﻠﻴﻪ ﺑﺎﻟﻌﻠﻢ
Siapa yang menginginkan dunia maka hendaklah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah ia memiliki ilmu dan barang siapa yang menginginkana keduanya maka hendaklah memiliki ilmu
90. ﻻ ﺗﺤﺘﻘﺮ ﻣﻦ ﺩﻭﻧﻚ ﻓﻠﻜﻞ ﺷﺊ ﻣﺰﻳﻪ
Janganlah engkau menghina orang yang lebih rendah dari kamu karena tiap-tiap sesuatu mempunyai kelebihan
91. ﻟﺴﺎﻥ ﺍﻟﺤﺎﻝ ﺧﻴﺮ ﻣﻦ ﻟﺴﺎﻥ ﺍﻟﻤﻘﺎﻝ
Banyak berbuat lebih baik daripada banyak bicara
92. ﻟﻦ ﺗﺮﺟﻊ ﺍﻷﻳﺎﻡ ﺍﻟﺘﻰ ﻣﻀﺖ
Takkan kembali hari-hari yang telah berlalu
93. ﻟﻦ ﺗﻨﺎﻝ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﺇﻻ ﺑﺴﺘﺔ ﺫﻛﺎﺀ ﻭﺣﺮﺹ ﻭﺍﺟﺘﻬﺎﺩ ﻭﻣﺎﻝ ﻭﺻﺤﺒﺔ ﺍﻻﺳﺘﺎﺫﻭﻃﻮﻝ ﺯﻣﺎﻥ
Kamu takkan mendapatkan ilmu kecuali dengan enam perkara: pintar, tamak, rajin, harta, dekat dengan guru, dan masa yang panjang
94. ﻟﻮﻻ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻟﻜﺎﻥ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻛﺎﻟﺒﻬﺎﺋﻢ
Seandainya bukan karena ilmu maka manusia itu seperti binatang
95. ﻟﻴﺲ ﺍﻟﻐﻨﻰ ﻋﻦ ﻛﺜﺮﺓ ﺍﻟﻤﺎﻝ ﻭﻟﻜﻦ ﺍﻟﻐﻨﻰ ﻏﻨﻰ ﺍﻟﻨﻔﺲ
Bukanlah kekayaan itu karena banyaknya harta tetapi kekayaan itu adalah kaya hati
96. ﻟﻴﺲ ﺍﻟﻔﺘﻰ ﻣﻦ ﻳﻘﻮﻝ ﻛﺎﻥ ﺍﺑﻰ ﻭﻟﻜﻦ ﺍﻟﻔﺘﻰ ﻣﻦ ﻳﻘﻮﻝ ﻫﺎﺃﻧﺎﺫﺍ
Bukanlah seorang pemuda yang mengatakan inilah ayahku tetapi pemuda yang sebenarnya adalah yang mengatakan inilah aku
97. ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ ﺍﻟﻘﻮﻱ ﺧﻴﺮ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ ﺍﻟﻀﻌﻴﻒ
Mukmin yang kuat lebih baik dari pada mukmin yang lemah
98. ﺍﻟﻤﺮﺀ ﻋﺪﻭ ﻣﺎ ﺟﻬﻞ
Manusia adalah musuh terhadap apa yang ia tidak ketahui
99. ﻣﻦ ﺃﺣﺐ ﺷﻴﺄ ﺍﻛﺜﺮ ﺫﻛﺮﻩ
Siapa yang mencintai sesuatu pastilah ia banyak menyebutnya
-------------
kiriman: Nota Bahasa Arab

Monday, November 7, 2016

Akhlaq: Seni Menambah Seri Seorang Insan

KELAS TASAWWUF UKHWAH4UMMAH
USTAZ NOR AZAN
7/11/2016 9 MALAM

-Rasulullah diutus utk membentuk akhlak dan peribadi. 
-Di mekkah sahaja 13 tahun membentuk akhlak umatnya.
-Takde orang ngaku dirinya baik. Kalau semua org Islam 100% dapat contohi Rasulullah.
-Dr Rokiah Ahmad, ijazah kedoktoran Al-Azhar. Bidang Perbandingan Agama. buku Adab Pergaulan menurut Al-Quran dan Sunnah.
Nabi ajar doa, walaupun baginda selalu ingatkan Allah.
- اللهم اعني على ذكرك وشكرك و حسن عبادتك 
- Doa mtk tolong dari Allah supaya selalu ingat Allah
- Mtk tolong supaya kita bersyukur berterusan..
- Tidur para Nabi dan Rasul adalah Zikrullah. Apatahlagi jaganya mereka.
- Riwayat Muslim: Nabi sewaktu remaja nak pergi pesta di Mekah. Sdg jaga kambing peliharaan Abu Talib. Terasa ngantuk teramat, tertidur tersandar di dinding rumah Quraisy. Esoknya juga  begitu. Terbangun selepas pesta habis. 3 hari nak pegi. hari ketiga cuti jaga kambing. Ngantuk juga, tertidur. Mengambil iktibar, selepas itu Nabi janji takkan pergi lagi tempat tu.
Nabi tetap doa walaupun Allah pelihara baginda.
Doa satu usaha, ikhtiar dalam tindakan.
Kalau kita tak beri masa  untuk Allah, nanti Allah tak beri 
masa untuk kita.
Nak bersyukur juga perlu mintak tolong Allah.. Kalau bersyukur, Allah tambah nikmat, kalau kufur, azab Allah amat pedih.
3 Jenis syukur:
1. Syukur lidah, sebut Alhamdulillah
2. Syukur hati, iktiraf nikmat Allah beri. Tak terhitung nikmat Allah.. 
3. Syukur Tindakan
Imam Syafie: Syukur itu meninggalkan maksiat.
الشكر ترك المعاصي

Doa mintak ibadah jadi lebih baik. 
Tak dianggap dengki melainkan pada 2 perkara:
1. Org pandai, beramal dgn ilmu. (Ilmu Quran) 
- Bersaing utk kebaikan. cari cabaran2.
2. Orang kaya yang boleh sedekah dan beramal.
- Riwayat: Nabi sebut seorang ahli syurga akan masuk ikut pintu itu. 3 hari berturut Nabi tunjukkan. Org yg sama. Kemudian Muaz bin Jabal kejar pemuda itu nak tanya. Tumpang rumah pemuda tu. Mlm pertama, dgr bacaan Quran dlm solat tidak sebaik dirinya. Mlm kedua, dua pertiga malamnya tidak sebaiknya. Hari ketiga, Muaz puasa tapi pemuda tu tak puasa. Muaz berterus terang dan bertanya tentang apa yg Nabi sebut. 
- Jawapan pemuda itu, "1. Tak pandai marah dgn orang (marah yg x bertempat). Natijah pada kemarahan adalah binasa. 2. Mulut saya tidak menista mengata mengumpat orang lain. 3. Tidak menyimpan dengki pada orang."
- لكل ذي نعمة محسود (Hadith)
- setiap nikmat yang diterima akan ada mata yang hasad..
- (Kata Ulama Sufi) 3 perkara nikmat yang boleh mengundang dengki/hasad: 
1. Umur. Ada saja org akan mengata, dengki.
2. Harta. Perlu dirahsia untuk mengelakkan hasad.
3. Keyakinan. Pendirian, mauqif, pendirian, keputusan. (Melainkan pd keadaan perlu) Takut2 bertentangan dengan org lain.
- Dalam situasi umum, di depan org yg tidak kita kenal.
- Ujikaji rasa hasad dengki: Berdesing, berdengung telinga/kepala bila dengar org lain dpt nikmat.
- Hasad vs haqad, sama dengki tp tahap berbeza. HASAD rasanya pd hati n  mulut sahaja. HAQAD, mula bertindak dgn tindakan.
حسد ، حقد
Muaz jumpa Nabi n cerita. ibadahku lebih daripadanya. 
Tapi akhlaknya lebih baik. Nabi sahkan itulah kelebihan yang  membuatkannya jadi ahli syurga.
Akhlak: Seni yang menambah seri setiap insan.

(Hadith Riwayat Muslim n Bukhari) Tompok putih pada seekor lembu hitam bertompok putih. Satu bahagian kecil tompok. Nabi tanya sahabat, tahukah perbandingan siapa umatku yg masuk syurga daripada sekalian umat para Nabi? Nabi tunjuk pada tompok putih pada lembu hitam.
Saidina Abu Bakar menangis teresak bila Nabi cerita kelompok kecil masuk syurga.
Takde istilah "cukuplah, sudahlah" dalam usaha mencari syurga.
Share sesuatu, kena berhati-hati. Kadangkala ada perkara menyorokkan lebih baik daripada mempamerkan.
NEXT: Hati asas pergaulan.

Saturday, September 24, 2016

Isu Kemalangan Maut di Sekolah: Cari Solusi Hentikan Tuding Jari.

Sedikit kronologi kemalangan di depan sekolah tahun 2016.

14 Jan: CHERAS - Dua pelajar maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori hantu terbabas melanggar 18 buah kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras.

29 April 2016: Alor Gajah: Dua pelajar lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Jalan Lubok Cina berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Cina. Dalam kejadian 3.30 petang itu mangsa Alsyukri Mohd Hendra Sastra, 16, maut di tempat kejadian manakala rakannya Muhammad Firdaus Shahrulnizam, 14, meninggal dunia di Hospital Alor Gajah (HAG).

21 Sept 2016: seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan menemui maut akibat dilanggar treler ketika melintas untuk memasuki perkarangan sekolahnya.


20 Sept: Selasa seorang murid Tahun Empat juga maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk memasuki perkarangan SK Santong di Dungun, Terengganu. 

Pembinaan bonggol di hadapan sekolah mungkin diwajibkan untuk elak kemalangan

SUNGAI SIPUT: Kementerian Pendidikan mungkin akan mewajibkan pembinaan bonggol di laluan kawasan sekolah sebagai antara langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Timbalan menteri berkenaan Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan tersebut penting susulan beberapa insiden kemalangan melibatkan pelajar sekolah sehingga meragut nyawa kebelakangan ini.

"Kementerian akan melihat bagaimana untuk memperketat lagi peraturan keselamatan lalu lintas termasuk mewajibkan pembinaan bonggol di hadapan setiap sekolah.

"Kami telah meletakkan tanda amaran, ada penjaga lalu lintas, mengurangkan had laju kepada 30 kilometer sejam dan menebalkan garisan kuning di hadapan sekolah tapi kemalangan masih berlaku hingga melibatkan nyawa pelajar," katanya. 

Kamalanathan turut meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan keselamatan di kawasan sekolah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

"Memang ada penjaga lalu lintas di sekolah tetapi ada juga pemandu yang memandu dengan laju tanpa melihat amaran yang diberikan sehingga perkara ini terjadi," katanya.

Semalam, seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan menemui maut akibat dilanggar treler ketika melintas untuk memasuki perkarangan sekolahnya.

Pada Selasa seorang murid Tahun Empat juga maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk memasuki perkarangan SK Santong di Dungun, Terengganu. 

(astroawani.com)

Monday, December 21, 2015

INSPIRASI DARI MELOR

Lepas on air, sempat borak dengan salah seorang tamu penyumbang ilmu untuk satu segmen Radio. Borak harini luar biasa sikit bila beliau senang untuk ceritakan sejarah hidupnya yang tak pernah diceritakan sebelum ni.. I put em in points:
1. Masa kecik mak ayah susah takde duit. Ayah acah-acah meraba-raba capai duit kot-kot ada kt atas alang. Bila takde, terpaksa adik-beradik bawak bekal ke sekolah. Lauk ikan rebus atau telor tu biasa. Telor digoreng nipis dan dipotong dibahagi-bahagi. Allah syahdunya..
2. Sebab takde duit nak beli buku baru, jadi bila dapat buku teks pinjaman sekolah terus rebut adik beradik baca sampai habis! malam-malm ditemani lampu pelita berteman kakak membaca kulit ke kulit buku teks tu. Gigihnya...
3. Bila pegi sekolah meredah selut merah sambil menahan tangisan dan airmata yang sesekali jatuh akibat mengenangkan kepayahan hidup dan pengorbanan ibu ayah. Bila cuti turun sawah tolong ayah turun bendang walupun jiran-jiran bising "tak sayang anak ke?" Tapi si ayah menjawab "sebab sayanglah saya suruh turun bendang".
4. Masuk sekolah agama dok asrama dengan pakaian disumbangkan orang kampung. Duit belanja RM30 sebulan untuk beli lauk nak makan. Lauk? Ikan rebus sepanjang bulan. Ayam? hmm tunggu raya je.
5. Bila ditanya tentang cita-cita, sejak kecil beliau menjawab "nak habis belajar". Paling-paling bila cikgu paksa sebut jugak, dijawabnya "cikgu". Masha Allah sebab tu sampai sekarang beliau masih belajar dan belajar walaupun dah jadi orang hebat. 
6. Masuk U, hanya ada 3 helai baju utk gi kuliah. Gilir-gilir pakai sampailah dapat duit biasiswa tambah 2 helai lagi untuk lengkapkan ulang seminggu. Bila masuk duit biasiswa semua diserah pada ayah untuk cover adik-adik lain belajar.
7. Azam tinggi nak cakap Bahasa Inggeris walupun sering dipersenda kawan-kawan. Antara cara belajar English adalah pergi kedai buku naik Bas Mini dan baca novel Sidney Sheldon dan begitulah diulang sampai habis baca.
8. Sekarang dah berjaya dengan adik-beradik dengan kerja yang bagus. Giliran ayah ibu berehat dan dilayan pula oleh anak-anak. Dinding kat rumah jadi Wall Of Fame merakam kejayaan graduasi anak-anak. Beliau sendiri memegang 5 ijazah! 

Nah, kalau kita rasa susah, ada orang lebih susah tapi tetap berjaya. Usaha kuat, tak putus asa dan matlamat sentiasa jelas.