KELAS TASAWWUF UKHWAH4UMMAH
USTAZ NOR AZAN
7/11/2016 9 MALAM
-Rasulullah diutus utk membentuk akhlak dan peribadi.
-Di mekkah sahaja 13 tahun membentuk akhlak umatnya.
-Takde orang ngaku dirinya baik. Kalau semua org Islam 100% dapat contohi Rasulullah.
-Dr Rokiah Ahmad, ijazah kedoktoran Al-Azhar. Bidang Perbandingan Agama. buku Adab Pergaulan menurut Al-Quran dan Sunnah.
Nabi ajar doa, walaupun baginda selalu ingatkan Allah.
- اللهم اعني على ذكرك وشكرك و حسن عبادتك
- Doa mtk tolong dari Allah supaya selalu ingat Allah
- Mtk tolong supaya kita bersyukur berterusan..
- Tidur para Nabi dan Rasul adalah Zikrullah. Apatahlagi jaganya mereka.
- Riwayat Muslim: Nabi sewaktu remaja nak pergi pesta di Mekah. Sdg jaga kambing peliharaan Abu Talib. Terasa ngantuk teramat, tertidur tersandar di dinding rumah Quraisy. Esoknya juga begitu. Terbangun selepas pesta habis. 3 hari nak pegi. hari ketiga cuti jaga kambing. Ngantuk juga, tertidur. Mengambil iktibar, selepas itu Nabi janji takkan pergi lagi tempat tu.
Nabi tetap doa walaupun Allah pelihara baginda.
Doa satu usaha, ikhtiar dalam tindakan.
Kalau kita tak beri masa untuk Allah, nanti Allah tak beri
masa untuk kita.
Nak bersyukur juga perlu mintak tolong Allah.. Kalau bersyukur, Allah tambah nikmat, kalau kufur, azab Allah amat pedih.
3 Jenis syukur:
1. Syukur lidah, sebut Alhamdulillah
2. Syukur hati, iktiraf nikmat Allah beri. Tak terhitung nikmat Allah..
3. Syukur Tindakan
Imam Syafie: Syukur itu meninggalkan maksiat.
الشكر ترك المعاصي
Doa mintak ibadah jadi lebih baik.
Tak dianggap dengki melainkan pada 2 perkara:
1. Org pandai, beramal dgn ilmu. (Ilmu Quran)
- Bersaing utk kebaikan. cari cabaran2.
2. Orang kaya yang boleh sedekah dan beramal.
- Riwayat: Nabi sebut seorang ahli syurga akan masuk ikut pintu itu. 3 hari berturut Nabi tunjukkan. Org yg sama. Kemudian Muaz bin Jabal kejar pemuda itu nak tanya. Tumpang rumah pemuda tu. Mlm pertama, dgr bacaan Quran dlm solat tidak sebaik dirinya. Mlm kedua, dua pertiga malamnya tidak sebaiknya. Hari ketiga, Muaz puasa tapi pemuda tu tak puasa. Muaz berterus terang dan bertanya tentang apa yg Nabi sebut.
- Jawapan pemuda itu, "1. Tak pandai marah dgn orang (marah yg x bertempat). Natijah pada kemarahan adalah binasa. 2. Mulut saya tidak menista mengata mengumpat orang lain. 3. Tidak menyimpan dengki pada orang."
- لكل ذي نعمة محسود (Hadith)
- setiap nikmat yang diterima akan ada mata yang hasad..
- (Kata Ulama Sufi) 3 perkara nikmat yang boleh mengundang dengki/hasad:
1. Umur. Ada saja org akan mengata, dengki.
2. Harta. Perlu dirahsia untuk mengelakkan hasad.
3. Keyakinan. Pendirian, mauqif, pendirian, keputusan. (Melainkan pd keadaan perlu) Takut2 bertentangan dengan org lain.
- Dalam situasi umum, di depan org yg tidak kita kenal.
- Ujikaji rasa hasad dengki: Berdesing, berdengung telinga/kepala bila dengar org lain dpt nikmat.
- Hasad vs haqad, sama dengki tp tahap berbeza. HASAD rasanya pd hati n mulut sahaja. HAQAD, mula bertindak dgn tindakan.
حسد ، حقد
Muaz jumpa Nabi n cerita. ibadahku lebih daripadanya.
Tapi akhlaknya lebih baik. Nabi sahkan itulah kelebihan yang membuatkannya jadi ahli syurga.
Akhlak: Seni yang menambah seri setiap insan.
(Hadith Riwayat Muslim n Bukhari) Tompok putih pada seekor lembu hitam bertompok putih. Satu bahagian kecil tompok. Nabi tanya sahabat, tahukah perbandingan siapa umatku yg masuk syurga daripada sekalian umat para Nabi? Nabi tunjuk pada tompok putih pada lembu hitam.
Saidina Abu Bakar menangis teresak bila Nabi cerita kelompok kecil masuk syurga.
Takde istilah "cukuplah, sudahlah" dalam usaha mencari syurga.
Share sesuatu, kena berhati-hati. Kadangkala ada perkara menyorokkan lebih baik daripada mempamerkan.
NEXT: Hati asas pergaulan.

