Saturday, September 24, 2016

Isu Kemalangan Maut di Sekolah: Cari Solusi Hentikan Tuding Jari.

Sedikit kronologi kemalangan di depan sekolah tahun 2016.

14 Jan: CHERAS - Dua pelajar maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori hantu terbabas melanggar 18 buah kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras.

29 April 2016: Alor Gajah: Dua pelajar lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Jalan Lubok Cina berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Cina. Dalam kejadian 3.30 petang itu mangsa Alsyukri Mohd Hendra Sastra, 16, maut di tempat kejadian manakala rakannya Muhammad Firdaus Shahrulnizam, 14, meninggal dunia di Hospital Alor Gajah (HAG).

21 Sept 2016: seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan menemui maut akibat dilanggar treler ketika melintas untuk memasuki perkarangan sekolahnya.


20 Sept: Selasa seorang murid Tahun Empat juga maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk memasuki perkarangan SK Santong di Dungun, Terengganu. 

Pembinaan bonggol di hadapan sekolah mungkin diwajibkan untuk elak kemalangan

SUNGAI SIPUT: Kementerian Pendidikan mungkin akan mewajibkan pembinaan bonggol di laluan kawasan sekolah sebagai antara langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Timbalan menteri berkenaan Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan tersebut penting susulan beberapa insiden kemalangan melibatkan pelajar sekolah sehingga meragut nyawa kebelakangan ini.

"Kementerian akan melihat bagaimana untuk memperketat lagi peraturan keselamatan lalu lintas termasuk mewajibkan pembinaan bonggol di hadapan setiap sekolah.

"Kami telah meletakkan tanda amaran, ada penjaga lalu lintas, mengurangkan had laju kepada 30 kilometer sejam dan menebalkan garisan kuning di hadapan sekolah tapi kemalangan masih berlaku hingga melibatkan nyawa pelajar," katanya. 

Kamalanathan turut meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan keselamatan di kawasan sekolah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

"Memang ada penjaga lalu lintas di sekolah tetapi ada juga pemandu yang memandu dengan laju tanpa melihat amaran yang diberikan sehingga perkara ini terjadi," katanya.

Semalam, seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan menemui maut akibat dilanggar treler ketika melintas untuk memasuki perkarangan sekolahnya.

Pada Selasa seorang murid Tahun Empat juga maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk memasuki perkarangan SK Santong di Dungun, Terengganu. 

(astroawani.com)

No comments:

Post a Comment