KELAS U4U
20/2/2017
Ustaz Norazan Man
Adab Pertemuan
-akhlak dann adab dalam memastikan pertemuan berjalan dlm suasana baik.
-tunjukkan wajah yang manis
-Shamail Muhammadiah, Nabi bila bertemu sahabat akan bersikat berminyak rambutnya, baju baginda dibutang penuh (leher bulat spt telok belanga)
-tunjukkan yang kita berbahagia dgn pertemuan tersebut. Persiapan yg terbaik, niat utk gembirakan sahabat
-antara sifat Nabi, suka bertemu orang. Suka meraikan tetamu.
لا تَحقِرن من المعروف شيئًا، ولو أن تلقى أخاك بوجه طَلق
-jgn memperkecil kebaikan walaupun sekil wajah yg manis bila bertemu saudaramu.
-sebab kita tak tahu bagaimana nilaian Allah pada kebaikannya.
-kalau keadaan lebih baik tidak bermanis muka kerana mengelakkan fitnah, dibolehkan. Bermanis muka perlu dengan adab dan ketikanya.
-kalau jidup dengan akhlak Islam, tak perlukan kempen2 senyum dll.. Islam agama rahmat dan kasih sayang, silaturrahim
SALAM
-mulai pertemuan sesama Muslim dengan memberi dan menjawab salam.
"لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا ، وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا ،
أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ؟
أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ"
-hadith, mahukah aku ajarkan kamu satu kalimah merapatkan kasih sayang? Sebarkan salam antara kamu (Riwayat Bukhari Muslim)
-Surah An-Nisa:86 Bila disampaikan salam, balaslah ucapan itu dgn lebih baik atau serupa dengannya.
-ketika Nabi Adam dicipta di syurga, ucapan pertama adalah "Assalamu Alaikum"
-"Salamun qaulan min rabbirrahim" salam sejahtera ucapN dari Allah yg Maha Penyayang
-"kum" dalam salam adalah tanda tafdhil wa ta'zim (membesarkan, memuliakan)
-akmal tamam, sesempurna lafaz salam: "assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh"
-adapun tambahan "taala" sekadar tambahan yang tidak merubah makna, tetapi tidak thabit dgn Hadith.
-memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB.
-dengan kadar salam yang diberi
-Adab, cuba beri salam dgn sempurna..
-tak wajib beri/jawab salam: (makruh memberi dan gugur kewajipan utk jawab salam)
1. Dalam toilet
2. Dalam majlis ilmu
3. Ketika orang tengah makan minum
4. Ketika orang sedang mengaji Quran
5. Ketika khatib menyampaikan khutbah
-ada yang rasa kolot bila nak mula bagi salam, sedangkan itu lafaz mulia dalam Islam
-sunat memberi salam bukan sekadar pd org yg dikenali sahaja
-Abdullah Ibn Umar, masuk pasar lama2, sahabatnya menunggu lama dan bila k eluar kosong tangannya. Bila ditanya kenapa, jawabnya sekadar nak memberi salam pd org2 di pasar. Nak dpt pahala memberi dan menjawab salam.
-amalan yg lbh baik? 1) Beri mkn pd yg memerlukan 2) beri salam pada yang dikenali atau tidak (Riwayat Muslim)
-al-'adatu muhkamatun.. Adat setempat jdi hukum. Cth: org taip "slm" boleh dijawab salam itu kerana adat org kita dan difahami. (Fatwa/ Quran/kisah Nabi Ibrahim jawab salam malaikat dgn kalimah salam sahaja/ tidak ubah makna) Qaidah Fiqh
-Harus mengelak bertemu orang, mengelakkan daripada fitnah dan mazmumah.

No comments:
Post a Comment